Thursday, 15 March 2012



Bahan-bahan
  • 40 g agar-agar
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telor
  • 200 ml santan
  • 6 gelas air
  • 1 gelas gula
  • sedikit garam
  • sedikit perisa (merah) sirap
Cara - Cara :
Panaskan agar-agar dengan air sehingga larut,masukkan gula.
Asingkan kuning dengan putih telor.
Putih telor dipukul sehingga naik dalam satu bekas yang besar.
Satukan susu cair,susu pekat,santan,kuning telor dan garam secukup rasa di dalam bekas lain(A).
Tuang separuh agar-agar ke dalam bekas putih telor,gaul dan tuang ke dalam bekas.Letak sedikit warna merah dan sebarkan keseluruh permukaan.

Masukkan (A) kedalam baki agar-agar tadi dan panaskan sambil dikacau sehingga naik wap.Jangan didihkannya.
Sendukkan ke dalam agar-agar dalam bekas tadi.Sejukkan dalam peti sejuk
..

BIHUN TOM YAM UDANG N AYAM

 

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato) 
  • setengah bungkus bihun(di celur dgn air panas)
  • 8 ekor udang(buang kepala)

Saturday, 15 October 2011

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas
15-20 tangkai cili kering

1 tin santan
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros - gantikan dengan rempah kari ikan pun xpe..
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula secukup rasa
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan

Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan.
Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan.
Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air.
Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit.
Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
Kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
Cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali.
Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.).
Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan.
Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping.
Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus.
Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan.
Masukkan cili padi.
Siap untuk di sajikan bersama Nasi Dagang...

NASI DAGANG 'GANU'

4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras merah - yg ni tambah sendiri
1/2 tin santan - saya guna 1/2 kotak santan KARA
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar halba
bawang dan halia - di hiris
Daun pisang
air



Beras dibasuh dan direndam 1 malam.
Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang
Kukus buat kali kedua.
Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
Biarkan seketika.
Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol

ACAR

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula


Timun dan lobak dihiris panjang2.
Bawang dan lada dimayang.
Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
Masukkan cuka, garam dan gula.
Simpan di dalam peti untuk seketika.